Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Negeri Islamik tapi kes paling besar dadah, buang bayi’ – Caprice hina orang Kelantan

KUALA LUMPUR – Tersinggung dengan kenyataan seorang artis yang didakwa memperlekehkan rakyat Kelantan, Kumpulan Anak Kelantan Prihatin tampil membuat laporan polis semalam.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Petaling Jaya itu sebagai respons kepada kenyataan Caprice yang didakwa telah menghina rakyat Kelantan kononnya secara tiba-tiba tahu serta faham bahasa Inggeris.

Jurucakap Kumpulan Anak Kelantan Prihatin, Norlida Daud menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai jelas menggambarkan ego Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli selaku seorang artis tempatan.

“Saya ada melihat rakaman penyiaran video Caprice itu dibuat dalam laman sosial Instagramnya apabila mengkritik kehadiran begitu ramai pada program penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV.

“Salinan video berkenaan juga telah dimuat naik semula oleh Instagram igkelantan yang mana saya sertakan URL berikut https://www.instagram.com/p/B1OnUm0Akyh/.

“Pada ruangan komen, artis berkenaan telah mengeluarkan komen yang menghina rakyat Kelantan dengan mengatakan Kelantan adalah negeri terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedofilia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Norlida meminta pihak polis menyiasat tujuan sebenar Caprice membuat kenyataan yang disifatkan beliau sebagai dangkal dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Sebagai pencinta keamanan, kami amat risau sekiranya tindakan ini akan mengundang suasana tidak baik dan persepsi buruk kepada masyarakat Kelantan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén