Portal berita terbaik anda

Utama

Negara rugi RM2.4 bilion sehari sepanjang PKP

KUALA LUMPUR – Negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jumlah kerugian yang dialami kerajaan sejak 18 Mac lalu adalah sebanyak RM63 bilion.

“Jika PKP diteruskan untuk tempoh sebulan lagi jumlah kerugian yang akan dialami adalah sebanyak RM35 bilion.

“Ini menjadikan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM98 bilion… hampir RM100 bilion,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung hari ini.

Perdana Menteri berkata hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati-hati bermula 4 Mei ini.

Hampir semua sektor ekonomi dibenarkan operasi mulai Isnin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi bermula Isnin ini.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun kebenaran beroperasi itu tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ketat.

“Saya katakan hampir semua (sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan) kerana ada kategori perniagaan yang tidak diizinkan beroperasi.

“Ini antaranya membabitkan karaoke, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan dan Aidilfitri dan sebagainya,” katanya.

Loading...

Leave a Reply