Berang lamaran ditolak, lelaki penggal kepala kekasih

0
1246

SEORANG lelaki yang berang selepas lamarannya ditolak, bertindak memenggal kepala teman wanitanya itu, seorang doktor, sebelum cuba membunuh diri.

Mail online melaporkan, lelaki itu, Shyngys Bekenov, 26, seorang guru, melamar teman wanitanya, Nazerke Bekzhanova, 21, yang baru menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di hospital di Kazakhstan.

Bagaimanapun, Nazerke menolak lamaran berkenaan kerana ibu bapanya tidak merestui hubungannya dengan Bekenov.

Berang dengan keputusan itu, Bekenov memenggal kepala kekasihnya itu ketika mereka berada dalam kereta.

Bekenov kemudian menulis satu nota bunuh diri yang mahu mayatnya ditanam bersama kekasihnya sebelum dia menikam perutnya beberapa kali.

Mayat wanita itu yang tanpa kepala ditemui orang ramai dalam kenderaan berkenaan di sebuah empangan di pinggir kampung Tasboget, berhampiran bandar Kyzylorda.

Bagaimanapun, Bekenov ditemui masih bernyawa dan segera dibawa ke hospital.

Jurucakap polis memberitahu, Bekenov berada dalam keadaan parah tetapi stabil di hospital di mana dia ditahan.

Katanya, lelaki itu berdepan tuduhan membunuh dan berdepan hukuman penjara minimum 15 tahun.

Seorang jiran mangsa memberitahu akhbar tempatan, keluarga Nazerke tidak merestui hubungan pasangan berkenaan dan tidak bersetuju wanita itu berkahwin dengan Bekenov.

“Kami tidak sangka dia sanggup membunuh Nazerke dengan kejam. Kami semua terkejut dengan tindakan itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here