Portal berita terbaik anda

Hiburan

Natasha Hudson selamat bernikah kali-4

KOTA BHARU – Model dan pelakon, Natasha Hudson, 36, kini sah bergelar isteri kepada usahawan kacak Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor selepas selamat diijabkabulkan tepat pukul 8.30 malam tadi hanya sekali lafaz.

Majlis secara sederhana yang berlangsung di Masjid Al -Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini itu dihadiri oleh kaum kerabat dan rakan-rakan karib kedua pasangan mempelai itu.

Sebelum ini sebuah akhbar telah melaporkan Natasha mengakui dia kini sudah tidak mempunyai sebarang ikatan sah lagi dengan suaminya terdahulu, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.

Untuk rekod, Natasha dan Carleed dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Manakala perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Neesa Helena. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply