Kakitangan Mindef maut akibat Covid-19, tinggalkan 3 anak masih kecil

SEORANG kakitangan Kementerian Pertahanan Malaysia meninggal dunia akibat Covid-19, semalam.

Mangsa, Mohd Naser Nordin, 37, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selepas dimasukkan ke hospital pada 20 Februari lalu.

Mangsa yang berkhidmat sebagai penolong akauntan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia meninggalkan seorang isteri, Rosmaiza Shafi dan tiga anak yang kasih kecil.

Pemergian arwah merupakan sebagai satu kehilangan besar kepada kementerian kerana beliau disifatkan sebagai seorang yang baik dan sentiasa merendahkan diri.

Semoga Allag merahmati rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Untuk rekod, kes harian positif Covid -19 melonjak ke angka tertinggi dengan 5,725 individu dijangkiti wabak itu.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 203,933.

Sebanyak 16 kes kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 733 kematian dilaporkan setakat ini.

Loading...

Leave a Reply