Portal berita terbaik anda

Dunia

NASA beri amaran, asteroid sebesar Piramid Giza lintasi Bumi esok

ANCAMAN asteroid sememangnya menakutkan. Malah, impak hentamannya juga pasti membawa kesan kemusnahan yang teruk.

Jika baru-baru ini gempar mengenai batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7, kali ini timbul pula perkhabaran mengenai asteroid 2016 AZ8.

Pihak NASA mengesahkan ia akan melintasi bumi pada Isnin.

Bersaiz 430 meter, ia bakal melalui bumi dan bulan, pada jarak 2.8 juta batu.

Setelah pakar astronomi membuat cerapan, mereka mendapati ia turut hadir bersama sebuah lagi objek gergasi.

Cerapan imej dua objek itu yang melintasi bumi.

Menurut pihak tersebut, mereka percaya batuan angkasa itu memiliki saiz lebih besar daripada Piramid Giza.

Ia bagaimanapun tidak membawa sebarang ancaman terhadap manusia dan bumi.

Ujar mereka lagi, tidak dapat dibayangkan bagaimana impaknya jika ia menghempas ke bumi.

Baru-baru ini, timbul laporan mengenai asteroid 2002 NT7 yang dikatakan bakal memasuki bumi pada kelajuan pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghentam bumi pada 1 Februari.

Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA, sekaligus menimbulkan keraguan orang ramai.

Dalam kemas kininya, NASA berkata ia bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran. – Daily Star.

Loading...

Leave a Reply