Pernahkan anda menonton video masakan di saluran Youtube bernama ‘Grandpa Kitchen’?
Jika ya, anda pasti sinonim dengan seorang lelaki warga emas yang tidak lekang dengan senyuman dan cukup bertenaga ketika memasak walaupun tidak padan dengan fizikalnya.
Saluran Youtube ini bukan sahaja terkenal di India, bahkan seluruh dunia kerana di akhir masakan dalam kuantiti yang banyak akan diberikan kepada anak-anak yatim.
Hasilnya, ia berjaya menarik 6 juta pengikut dan purata 2.38 juta tontonan untuk setiap video sejak saluran itu diwujudkan pada 2017.
Walaupun tiada netizen mengenalinya, warga emas yang dikenali dengan nama Narayana Reddy itu mampu mengumpul penonton setia dengan begitu cepat.
Mana tidaknya, gaya bersahaja dan menghiburkan dengan hanya menggunakan kayu api untuk memasak cukup menarik hati sesiapa sahaja yang menonton.
Bagaimanapun, kelincahan warga emas ini mungkin tidak dapat ditonton lagi apabila beliau dilaporkan telah meninggal dunia. Narayana meninggal pada umur 73 tahun di Telangana, India.
Grandpa from Grandpa’s kitchen is dead. He was the most wholesome man on all of youtube, making large meals which he shared with orphans in his community. Been following him for a long time, and I cant really put into words how painful this is for me.
Rest in Peace pic.twitter.com/ULgDPAUQD6
— Horrifying cheese (@YellowishCheese) October 30, 2019
Pemergian Narayana menjadi perhatian netizen di seluruh dunia yang turut berduka.
Sebuah video terbaharu dimuat naik dari saluran Grandpa Kitchen yang berjudul, ‘Grandpa’s An Emotional and Heart Touching Final Journey’ ini sudah ditonton ramai oleh para pengikutnya.
Slogan ‘Loving, Caring, Sharing. This is my family.‘ akan sentiasa diingati bagi mereka yang mengikuti perkembangan setiap videonya.
Leave a Reply