Tinggal dalam stor dekat tangki najis yang kotor, namun kebersihan tetap terjaga

0
1192

Tular hari ini kisah tentang seorang ibu tunggal bersama empat anaknya yang terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai selepas berpisah dengan suaminya pada Januari lalu.

Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun.

Setelah kisah ini tular di media sosial, netizen mula meninggalkan komen menzahirkan rasa simpati terhadap Najwa dan anak-anaknya.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah, walaupun tempat tinggalnya kurang sempurna, Najwa tetap memastikan ia dalam keadaan bersih dan teratur.

Ibu ini akan sentiasa pastikan ruang stor bersih

Baju derma pemberian digantung dengan tersusun

Ibu tunggal ini bersama anaknya

Setiap baju derma akan diletakkan di dalam plastik

Najwa, yang berasal dari Thailand ini sangat menitik beratkan kebersihan rumah. Baju yang didermakan orang ramai kepadanya sentiasa berada dalam keadaan tersusun.

Najwa memberitahu, dirinya suka mengemas dan menghias diri sejak dahulu lagi.

Apabila diberitahu bahawa dia orang susah, ramai yang tidak mempercayai disebabkan pemakaiannya yang kemas.

Menurutnya lagi, setiap baju yang didermakan orang ramai dia akan meletakkan di dalam plastik bagi mengelakkan habuk dan kotoran. Dia juga bimbang jika anaknya mendapat penyakit jika dia tidak menjaga kebersihan.

Walau kekurangan, tetap jaga kebersihan

Rata-rata netizen memuji ibu tunggal ini yang disifatkan seorang yang terpuji. Kebiasaannya jika muncul berita tentang kemiskinan, pasti keadaan kediaman tidak dijaga dengan baik, namun ia sebaliknya bagi Najwa dan anak-anak.

Bekas laki mana? Tolong bertanggungjawab!

Walau bagaimanapun ada netizen yang menyelar sikap bekas suami Najwa yang tidak bertanggungjawab dengan membiarkan Najwa dan anak-anak hilang tempat berteduh.

Sumber : Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here