Najib yang luluskan jualan Bangunan Malaysia di Hong Kong – Guan Eng

Bekas perdana menteri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawap meluluskan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa, dakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Saya ingin memaklumkan kepada Najib (BN-Pekan) bahawa keputusan untuk menjual bangunan konsulat di Hong Kong dilakukannya sendiri semasa pentadbiran BN. Surat tawaran itu dikeluarkan olehnya.

“Keputusan itu dibuatnya sebelum 9 Mei (2018)… tetapi keputusan dibuat secara rundingan terus pada harga RM1.1 bilion,” kata Lim semasa ucapan penggulungannya titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Najib telah menyuarakan kebimbangan mengenai laporan media bahawa kerajaan Malaysia ingin menjual menara pejabat 28 tingkat yang dimilikinya di Hong Kong.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan dalam proses mencari pembeli untuk bangunan 28 tingkat di Hong Kong yang diberi nama “Malaysia Building” yang kini milik kerajaan Malaysia.

Menara di Jalan Gloucester, di daerah Wanchai itu menempatkan beberapa agensi kerajaan termasuk pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.

Loading...

Leave a Reply