Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Info

Naik motor pergi kerja boleh jimat hampir RM10,000 setahun

BUKAN mudah untuk hidup di zaman serba mencabar ini lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang tinggi.

Boleh dikatakan ramai anak muda yang baru mula kerja memilih untuk menaiki motosikal untuk ke tempat kerja atau kemana sahaja.

Tapi tahukah anda sebenarnya itu adalah cara paling mudah untuk jimat duit hampir cecah RM10,000.

Caranya mudah sahaja adalah dengan ubah kenderaan anda terlebih dahulu. Kalau diikutkan kita ada pilihan untuk tukar kenderaan dari naik kereta ke motor terutama yang masih bujang.

Sebenarnya banyak perbezaan naik kereta dengan naik motor. Dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor, rupanya dalam setahun anda boleh jimat hampir RM10 ribu setahun dengan menaiki motor selepas mengambil kira semua kos ini.

Naik kereta (contoh Myvi)

Ansuran RM6,960 (RM580/sebulan)
Petrol RM2400 (RM200/sebulan)
Servis RM750/setahun
Roadtax RM550/setahun
Tol RM1440 (RM120/sebulan)
Lain² RM250/setahun

Total : RM12,350

Naik motor

Ansuran: RM1,800 (RM150/sebulan)
Petrol RM360 (RM30/sebulan)
Servis RM360 (RM30/sebulan)
Roadtax RM30

Total : RM2,550

Total kos kereta – Total kos motor = Perbezaan yang boleh jimat.

RM12,350 – RM2,550 = RM9,800 kita boleh jimat!

Nampak tak, dengan hanya tukar kenderaan je kita boleh jimat hampir RM10,000!

Katanya lagi, bukan tak boleh guna kereta tetapi jika anda graduan baru nak mula kerja adalah lebih baik jika banyakkan berjimat dan menyimpan untuk masa depan.

Kiraan jika nak pakai juga kereta

Tapi. Kalau perlu juga untuk beli kereta, boleh dengan syarat buat kiraan yang betul sebelum beli.

Ni contoh kiraannya,

Gaji bulanan RM3,000 x 12 bulan = RM36,000

Jadi kereta yang kita mampu beli berharga RM36,000 sahaja.

Pastikan juga bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji.

Maksudnya untuk gaji RM3,000 ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 je tau. Kalau rasa susah, naik je moto dulu.

Lebih terbaik lagi kalau kita boleh beli rumah dan banyakkan simpan duit.

Nota : Kiraan ni belum termasuk lagi bayar parking kereta bulanan. Lepas tu kena saman kereta lagi. Kalau darab dengan 1 tahun, berapa agaknya?

Leave a Reply

Theme by Anders Norén