Portal berita terbaik anda

Viral

Ibu tunggal maut nahas, tinggalkan 4 anak masih kecil

Dua wanita dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat semalam.

Mangsa, Nur Indasari Miskan, 27, dan anak saudaranya Hazlina Makmun, 22, meninggal dunia di tempat kejadian sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah datuk dan nenek mereka di Kluang, Johor.

Lebih memilukan apabila Nur Indasari yang juga ibu tunggal meninggalkan empat cahaya mata yang masih kecil iaitu Aliyah, Ammar, Amira dan Amir.

Menerusi komen Facebook Mr Wan Cai Official yang menguruskan jenazah mangsa, anak-anak arwah kini di bawah jagaan rumah anak yatim milik kakak Allahyarham yang terletak di Ampang, Selangor.

Terdahulu pada 16 April lalu, arwah sempat memuat naik posting menggambarkan perasaan letih berkenaan hak penjagaan anak sebelum menemui ajal pada 16 Ramadan.

Loading...

Leave a Reply