Portal berita terbaik anda

Utama

Nahas Lion Air: Tiada rakyat Malaysia terlibat – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas di perairan Kerawang, utara Pulau Jawa, Indonesia.

Kementerian itu dalam kenyataanya berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta selepas pihaknya mendapat butiran terperinci daripada pihak berkuasa tempatan.

“Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. Pihak kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut mengenai kejadian ini boleh menghubungi pihak kedutaan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataanya di sini hari ini,

Menurut kementerian itu lagi, pihak kedutaan boleh dihubungi melalui emel mwjakarta@kln.gov.my dan jkonsular@gmail.com atau menghubungi talian +62215224947 dan +6281380813036 (aplikasi WhatsApp). – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply