Portal berita terbaik anda

Utama

Nahas Lion Air: Netizen sebak lihat foto casing telefon dipercayai milik mangsa

SEKEPING foto memaparkan sarung telefon bimbit yang dipercayai milik salah seorang mangsa nahas pesawat Lion Air JT610 menyentuh hati netizen.

Sarung telefon bimbit itu adalah antara barangan awal milik penumpang pesawat yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

Hasil carian di Instagram, pemilik akaun @ineyunitasi ada memuat naik gambar berkenaan pada Ogos 2017 di laman sosial berkenaan, sama seperti gambar pada sarung telefon telefon bimbit berkenaan.

Susulan itu, netizen mula mengucapkan takziah dan menzahirkan doa kepada pemiliknya yang dipercayai salah seorang daripada penumpang pesawat malang itu.

 

View this post on Instagram

 

Setiap langkah selalu ada doa yang menyertai, dan berharap setiap langkah menjadikan kesuksesan dan setiap doa menjadikan berkah ….

A post shared by ineyunitasi (@ineyunitasi) on

Bagaimanapun, setakat ini, tiada pengesahan senarai mangsa nahas didedahkan pihak berkuasa.

Pesawat Lion Air JT610 yang membawa 189 penumpang dan anak kapal terhempas awal pagi tadi di utara pulau Jawa, Indonesia.

Loading...

Leave a Reply