Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana selamat bernikah

SELEPAS lapan tahun berkenalan, pelakon Nadzmi Adhwa selamat bernikah dengan pasangannya yang juga pelakon, Ardell Aryana pada jam 5.31 petang hari ini di kediaman Ardell di Seri Kembangan, Selangor.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Mutaqqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin dengan sekali lafaz.

Mula rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bedah pada 2015, Nadzmi menyerahkan dua dulang hantaran dan senaskhah al-Quran dibalas dua oleh Ardell.

Cantik dalam persalinan berona putih, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin menerima mas kahwin RM300.

Majlis turut dihadiri kira-kira 500 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara dan teman rapat pasangan pengantin.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan belum merancang destinasi bulan madu dan majlis resepsi juga belum ditetapkan tarikh.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén