Nadir dakwa cara team Ustaz Ebit Lew masuk ke Gaza salah?

Bermula dengan pembabitan dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza pada tahun 2013, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman ini merupakan individu yang sangat dikenali ramai terutama mereka yang hendak masuk ke Gaza.

Nadir yang sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang balu pejuang Palestin, Reem Al-Minawi ini dilihat membela nasib anak yatim yang kematian bapa mereka semasa peperangan menentang zionis.

Terbaru, viral satu rakaman video di Tiktok mengenai luahan Nadir berhubung isu Ustaz Ebit Lew dan delagasinya yang masuk ke Gaza baru-baru ini.

Video tersebut juga dipercayai ada kaitan dengan isu yang sedang viral sekarang ini.

“Team Ustaz Ebit Lew ada hubungi saya untuk sampaikan sumbangan di bumi Gaza. Tapi bila kita dah bagi proposal tidak dibalas.

“Tiba-tiba saya dengar mereka dah sampai di Cairo. Bila mereka sampai di Cairo, mereka telah menghubungi NGO kita di Malaysia dan bertanya macam mana nak masuk.

“Kami beritahu memang tak boleh masuk. Gaza ni bukan macam Afrika, bukan macam Sabah dan bukan macam tempat-tempat lain yang kita boleh pergi dan terus buat kerja,” katanya.

Menurut Nadir, semua negara mempunyai tuan rumah, badan bukan kerajaan (NGO) dan pusat zakatnya sendiri.

Jadi, kaedah yang dilakukan oleh Ustaz Ebit dan pasukannya dipercayai tidak tersusun semasa melakukan misi kemanusiaan tempoh hari.

Ujar Nadir, niat ustaz tersebut dan pasukannya sudah betul cuma, pasukan perlu lebih ‘berorganisasi’.

Nadir juga memberitau dia tidak menyalahkan Ustaz Ebit dalam isu tersebut.

“Apa yang dibuat oleh Ustaz Ebit ialah dia beli barangan di Cairo dan dihantar masuk ke Gaza. Itu tak ada masalah.

Cuma yang jadi masalah apabila seseorang individu masuk ke Gaza. Selalunya ramai individu akan beri bantuan kewangan sahaja dan kami akan beli barangan tersebut dalam Gaza. Sebab kita boleh perkasa ekonomi di bumi Gaza,” katanya.

Tambah Nadir, pihaknya tidak ada masalah apabila mendapat barangan yang dihantar oleh Ustaz Ebit.

Tetapi pihak tersebut perlu tahu bahawa kesemua barangan yang dihantar boleh didapati dalam Gaza sendiri.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Ebit dan pasukannya mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang risiko ketika berada di sempadan sekiranya mereka membeli semua barang tersebut di dalam Gaza.

 

Di akhir video tersebut, Nadir memberitahu bahawa dia berasa terkilan apabila ramai NGO diserang oleh netizen dan penduduk di Malaysia.

Jelas Nadir, masyarakat di luar sana tidak tahu bahawa mereka akan berbincang setiap hari dengan Kementerian Pembangunan dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan beberapa kementerian yang lain mengenai keperluan masyarakat di bumi Gaza.

“Mereka semua serang NGO dan berkata lebih baik tidak payah hantar sumbangan ke pihak NGO dan hantar sahaja ke Ustaz Ebit.

“Kami di bumi Gaza hari-hari berbincang agar semua benda itu lebih tersusun dan terancang. Namun, semuanya disalah ertikan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply