‘Melayu ke Yahudi ni…’ – Pakaian Nad Zainal di ASK2018 dihentam netizen

0
1783

Sabtu lalu menjadi momen bermakna buat pelakon, Nad Zainal selepas dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin 2018.

Selain daripada merangkul trofi, kelibat Nad dan suami sejak awal lagi telah menarik perhatian ramai apabila tampil berbeza dengan busana yang bertemakan melayu klasik.

Telatah comel pasangan ini telah menarik perhatian lensa-lensa kamera sepanjang majlis tersebut berlansung.

Bagaimanapun, pakaian Nad nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati netizen yang tercari-cari di mana unsur kemelayuan tersebut.

Rata-rata menganggap pakaian Nad sedikit terdedah sehingga menampakkan bahagian bahunya itu.

Terdahulu, Nad merakamkan penghargaan kepada semua guru-guru lakonan yang mendidiknya ketika menuntut di ASWARA satu ketika dahulu.

Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here