‘Perah sampai pancut…’ – Gara-gara susu lembu, gambar Nabila Razali dihujani komen lucah

Bukan mudah bergelar selebriti, setiap tingkah laku dan apa saja yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian ramai.

Lebih parah, netizen sekarang gemar mencari kesalahan selebriti sehinggakan ada saja serba tak kena di mata mereka.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila akaun Instagram Nabila Razali dihujani dengan komen nakal daripada netizen gara-gara penyanyi itu memuat naik gambarnya memerah susu lembu.

Difahamkan, Nabila berada di Australia untuk menjayakan sebuah program dan berpeluang mencuba pengalaman memerah susu lembu.

Jika diikutkan gambar yang dikongsikan oleh Nabila hanya foto biasa, namun lain pula di mata lelaki-lelaki miang yang lebih tertumpu kepada susu yang diperahnya.

Mungkin terlalu banyak komen negatif dan liar dari netizen, Nabila bertindak menutup ruangan komen akaun Instagramnya. Makin parah netizen sekarang sehinggakan gambar biasa pun nampak lucah di mata mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *