‘Musibat ini intai aku tengah mandi, tolong cari dia sampai jumpa’

0
717

DUNGUN – Seorang wanita berang apabila rumahnya bukan sahaja dipecah masuk oleh seorang lelaki tetapi mendakwa dirinya turut diintai ketika sedang mandi.

Perbuatan lelaki yang menceroboh kediamannya dalam keadaan hanya memakai seluar dalam di kampung Padang Jambu, di sini, Selasa lalu sempat dirakam.

Dek kerana terlalu geram wanita berusia 26 tahun itu memuat naik gambar lelaki berkenaan di laman sosial Facebook.

Status yang dimuat naik tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa terserempak dengan suspek yang cuba memasuki kediaman rumahnya melalui tingkap kecil di dapur.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki berkenaan bersenjata tajam.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan ketika itu mangsa baharu pulang dari pasar.

“Mangsa terserempak dan sempat merakam aksi lelaki tersebut tetapi suspek sempat meloloskan diri.

“Mangsa memanggil abangnya tetapi suspek mempunyai senjata segera melarikan diri.

“Mangsa percaya perbuatan itu bukan kali pertama dan sebelum ini pernah memecah masuk serta mengintainya ketika mandi,” katanya.

Beliau berkata, polis masih memburu suspek dan meminta orang ramai segera menghubungi pihak berkuasa jika mempunyai sebarang maklumat berhubung lelaki itu.

“Apa yang kita bimbang tentang keselamatan penduduk kerana suspek sering membawa senjata seperti pisau kecil dan suspek boleh bertindak di luar kawalan hingga membawa kepada kecederaan.

“Kes akan disiasat di bawah seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.

“Sebarang maklumat mengenai suspek boleh laporkan ke balai-balai polis berhampiran atau hubungi bilik gerakan dI talian 09 – 8482222,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here