Portal berita terbaik anda

Viral

Murtabak durian jadi tarikandi Sungai Besar, laku habis!

Sekarang Ini rata-rata peniaga gemar menggabungkan makanan bersama buah durian. Kalau sebelum ini kami kongsikan tentang minuman Milo yang dinikmati bersama keju dan durian, kali ini menu murtabak durian pula.

Jika anda berkunjung ke Sungai Besar, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Warung Martabak Kulaan yang terletak di Kampung Parit 6 1/2 Timur, Sungai Besar.

Apa yang lainnya tentang Warung Murtabak Kulaan ialah ia satu-satunya gerai yang menyediakan menu murtabak durian.

Pengusahanya, Mohd Asri Homdan, berkata menu martabak raja buah itu diperkenalkan pada awal Januari lalu dan sebenarnya dia sudah lama bercadang untuk menghasilkan menu tersebut.

“Sebenarnya idea buat martabak durian ini dah lama, kira-kira 10 tahun lepas. Mulanya kawan saya seorang penjual durian berikan saya beberapa buah durian dan minta saya buatkan martabak isi durian.

“Sebagai memenuhi permintaannya, saya buatkan juga martabak durian dan dia gembira serta puas hati lepas makan martabak durian ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sejak menu itu diperkenalkan, kira-kira 30 keping martabak durian dipesan pelanggan dalam sehari dan jumlah itu meningkat pada hujung minggu.

Harga ditawarkan untuk murtabak durian hanya RM2 sekeping. Selain durian, gerai ini juga menyediakan martabak pisang, nangka, ayam dan daging mengikut permintaan pelanggan.

Loading...

Leave a Reply