Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Mulut anjing ditetak hingga putus kerana meminta makanan

PERSATUAN Haiwan Malaysia menawarkan sebuah skuter kepada mereka yang menyalurkan maklumat lengkap mengenai individu yang menetak mulut seekor anjing sehingga putus.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya difahamkan kejadian itu berlaku di Sabah.

Beliau berkata, pihaknya menggesa mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu untuk mengendalikan kes ini sehingga individu itu ditangkap.

“Kami mahu pelaku itu ditangkap, dituduh dan dijatuhkan mengikut enakmen kebajikan haiwan di Sabah.

“Kami di Semenanjung tidak boleh campur tangan berikutan Sabah dan Sarawak mempunyai enakmen negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan anjing itu kini di bawah jagaan sebuah pertubuhan haiwan di Sabah.

“Namun, difahamkan doktor yang merawat haiwan itu menasihati untuk mematikan anjing itu akibat kecederaan parah.

“Setakat ini, kami dimaklumkan ada yang memberitahu anjing itu ditetak selepas berkunjung ke rumah penduduk untuk meminta makanan.

“Kami difahamkan, pelaku itu mabuk dan membuat melakukan perkara itu sebagai hiburan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pelaku itu ditangkap dengan segera dan mendapat hukuman setimpal atas perbuatan dilakukan.

“Kejadian ini bukan saja zalim, malah, melanggar norma manusia. Tindakan itu tidak boleh dijangkau oleh kewarasan akal fikiran.

“Berikutan itu, kami menawarkan hadiah sebuah skuter bernilai RM9,500 kepada individu atau saksi kejadian yang memberi maklumat lengkap sehingga kes itu selesai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat berkenaan kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pihaknya di talian 011-20901097 (WhatsApp sahaja).

Loading...

26 Comments

  1. Ravi

    Tawarkan skuter kpd sesiapa yang sanggup menjaga anjing malang tersebut.terima kasih

  2. Muhammad

    Sekurang-kurangnya, jangan usik dia, selagi dia tak usik kita…. melainkan keadaan yang bahaya.

  3. Adui…. pedih seluruh isi badan saya nampak mulut anjing itu putus kena tatak. Saya lagi ni memang penyayang dengan Anjing, Kuching, saya tidak boleh nampak tersiksa macam ini. Kesihan.

  4. Dphasibuan

    Boleh gantian tangan kau itu lah yang ditetakk
    Otak kaku separo atau memang gk ada. !!!

    • ARRI

      Potong je si bangkai tu
      Otak letak di lutut,

    • Nailuvar

      Jika kita memberi makan makhluk lain Allah akan memberi balasan rejeki yg berlipat. Jika sebaliknya maka Allah akan mengambil sebagian besar yg ada padamu. Hukum yg seberat-beratnya pada mereka yg tidak punya hati nurani yg tega menyiksa hewan yg tak berdosa ini.

    • Aan

      Sudah diobatkah? Bagaimana keadaannya sekarang?

  5. Esther

    manusia sekarang memang kurang ajar ,buduh palui

  6. Bila manusia mempunyai akal dilobang najis, lebih hina dari tikus sampah!!

  7. Freddy

    Biadab 😈😠

  8. Plislahbrader

    Kalau mabuk2 pun pliss biar masih waras.. ni baru tatak haiwan.. ndak tau kalau kau mabuk 2 kali ganda, orang sdah kali kau tatak kan brader.. bahaya ni orang mcm ni, sila ambil tindakan.. sebelum orang yg kna tatak!

  9. Jennifer

    Fucking humans bastards asesinos… poor baby 😢😥 OMG

  10. Karla

    Poor baby 😢😥 fucking humans

  11. Komang sugi

    Semoga Tuhan mengutuk pelaku atas perbuatannya itu

  12. Nailuvar

    Jika kita memberi makan makhluk lain Allah akan memberi balasan rejeki yg berlipat. Jika sebaliknya maka Allah akan mengambil sebagian besar yg ada padamu. Hukum yg seberat-beratnya pada mereka yg tidak punya hati nurani yg tega menyiksa hewan yg tak berdosa ini.

  13. Nailuvar

    Jika kita memberi makan makhluk lain Allah akan memberi balasan rejeki yg berlipat. Jika sebaliknya maka Allah akan mengambil sebagian besar yg ada padamu. Hukum yg seberat-beratnya pada mereka yg tidak punya hati nurani yg tega menyiksa hewan yg tak berdosa ini.

  14. Ega waani

    Sebelum memperlakukan hewan pikirkan karena mereka juga tersiksa.sedikit memberi tidak membuat anda jadi pengemis

Leave a Reply

Theme by Anders Norén