Portal berita terbaik anda

Politik

Mukhriz sindir UMNO sudah pandai kutip derma macam Pas

DATUK Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan langkah UMNO melancarkan mengumpul dana sebagai persiapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai cubaan untuk memenangi hati rakyat.

Timbalan Presiden PPBM itu berkata, tindakan UMNO itu juga cuba memberi gambaran seolah-olah mereka tidak mempunyai sumber kewangan sedangkan parti itu masih mempunyai dana yang besar.

“UMNO hendak beri gambaran seolah mereka tak ada duit, saya ingat banyak lagi duit yang ada pada parti itu, lebih daripada apa yang kami (Pakatan Harapan) ada.

“Sebelum ini tak pernah timbul isu kutip dana dalam UMNO, sebelum ini pun dana sentiasa mencukupi, sekarang tak tahulah.

“Agaknya, mengutip derma antara yang mereka pelajari daripada Pas,” katanya dipercayai menyindir kerjasama antara UMNO dan PAS.

Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tujuan tabung tersebut diwujudkan bagi membiayai aktiviti parti yang ketika ini menghadapi kekangan kewangan akibat penyitaan serta tindakan perundangan.

“Tabung ini bagi memastikan kelangsungan aktiviti politik parti dapat diteruskan.

“Kita yakin ramai yang bersimpati dengan nasib UMNO yang menghadapai tuduhan di luar norma perundangan.

“Ahli Majlis Tertinggi juga telah memutuskan yang UMNO dengan kerjasama badan profesional akan menguruskan tabung ini.

“Kita tidak meletakkan sasaran khusus terhadap jumlah kutipan tetapi berharap sumbangan sebanyak mungkin daripada orang ramai,” katanya. – 25 Julai 2019.

Loading...

1 Comment

  1. Kartina Oi Abdullah

    Tak semua orang ada dadyykasi, billionaires macam boy2 adik beradik…
    Berkata2 tu , cerminkan diri dulu. Kalau tak nampak sangat x cerdiknya tu, membuka pekong di dada…🤔😎

Leave a Reply