Portal berita terbaik anda

Politik

Mukhriz letak jawatan MB Kedah sebentar tadi

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar berkuat kuasa serta-merta selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Timbalan Presiden Bersatu itu berkata beliau sudah mengemukakan perkara itu kepada Sultan Kedah.

“Saya sudah sembah maklum kepada sultan atas sebab saya hilang majoriti, saya dengan ini meletak jawatan menteri besar berkuat kuasa serta merta,” katanya dalam sidang media di Wisam Darul Aman hari ini.

Ini kali kedua Mukhriz terpaksa melepaskan jawatan sebagai menteri besar selepas mengalaminya pada 2016 di bawah pentadbiran BN.

Dua Adun PKR keluar parti, kerajaan PH Kedah tumbang

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah mengumumkan keluar parti pada Selasa.

Mereka ialah Adun Lunas, Azman Nasrudin dan Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee yang mana kedua-duanya dari PKR mengakui hilang keyakinan terhadap parti.

Mereka dijangka bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ujar dua Adun itu menerusi sidang media pada hari ini.

Kata Azman, dia dan Dr Ling mempertimbangkan banyak perkara sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan PKR.

Mereka juga berjanji akan menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu.

Terdapat 36 kerusi DUN di Kedah, dengan PKR kini memegang lima, Bersatu (enam), Parti Amanah Negara (empat) dan DAP (dua).

PAS dan Umno masing-masing mempunyai 15 dan dua kerusi.

Hanya diperlukan dua kerusi untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru.

Loading...

Leave a Reply