Portal berita terbaik anda

Politik

Mukhriz akui kekok bekerja di samping Tun M

ALOR SETAR – Sebagai anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui masih kekok ketika bekerja di samping Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mukhriz menegaskan, kemunculan semula sebagai Ahli Parlimen dan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah di luar jangkaannya.

“Sebenarnya saya rasa sangat kekok apabila saya sebagai Menteri Besar dan ayahanda saya sebagai Perdana Menteri terutamanya di negeri ini pada waktu pejabat terdapat gambar saya dengan beliau bersama.

“Rasa pelik dan tidak bermimpi perkara itu berlaku. Lebih kekok apabila saya masuk Dewan Rakyat dan saya tengok beliau turut sama di depan.

“Apa yang dirancang adalah penglibatan saya dalam arena politik ini hanya bermula setelah beliau pencen 2003 dia dan pada 2004 baru saya masuk politik itu pun dalam pemilihan parti sahaja belum dalam kerajaan,” katanya pada sesi pengulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Tambah beliau, status tersebut bagaimanapun tidak akan memberi kelebihan kepadanya untuk mentadbir negeri ini.

“Walaupun ada hubungan kekeluargaan itu tetapi ingin saya jelaskan di sini bahawa saya terpaksa buat keputusan yang berpihak kepada negeri Kedah.

“Saya juga memahami bahawa Perdana Menteri adalah Perdana Menteri bagi semua bukan untuk Kedah jadi tidak bolehlah saya nak minta macam-macam,” katanya.

Jelasnya, Kerajaan Pusat akan membuat penilaian sewajarnya berhubung prestasi kerajaan negeri.

“Kalau nak jadi perjuang tidak boleh rayu macam-macam (dari kerajaan). Contohnya, apa lima perkara yang kita minta untuk pertumbuhan ekonomi?

“Memang ada sentimen Perdana Menteri untuk bantu Kedah memandangkan beliau juga ahli parlimen Kedah,” katanya.

Loading...

Leave a Reply