Portal berita terbaik anda

Politik

Muhyiddin mungkin dijangkiti penyakit Umno, kata Mahathir

Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad membidas Muhyiddin Yassin dengan menuduh presiden parti itu mencabul perlembagaan Bersatu.

Ini susulan Bersatu dilaporkan mahu mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 11 Mei lalu tanpa kehadiran Dr Mahathir dan anaknya – Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir – sebelum ia ditunda.

Spekulasi adalah bahawa mesyuarat berkenaan adalah untuk memecat mereka berdua itu.

Dalam sebuah video hari ini, Mahathir berkata bahawa mesyuarat seumpama itu hanya boleh dipanggil oleh dirinya selaku ketua parti.

“Tetapi (mereka) ini tak nak bagi saya hadir, tak nak bagi saya ucap. Ini juga kesalahan besar.

“Sebab itu saya dapati bahawa mungkin Muhyiddin dijangkit oleh penyakit Umno. Dan (dia) suka membuat sesuatu yang tidak mengikuti perlembagaan parti,” katanya dalam sebuah video, hari ini.

Loading...

Leave a Reply