Muhamad Adib tunjuk ‘thumbs up’ kepada kami – Rosmah Mansor

0
216

KUALA LUMPUR: “Dia (Muhammad Adib) angkat ibu jari kepada kami,” demikian penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor selepas mengadakan lawatan ke atas Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu.

Rosmah yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu, Muhammad Adib juga tahu kedua-dua mereka datang melawat.

“Dia (Muhammad Adib) tahu kami datang melawat. Saya difahamkan dia akan kahwin 21 Dis nanti jadi saya doakan dia sembuh dan sempat kahwin,” katanya selepas melawat Muhamaad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.

Rosmah berkata, sebagai ibu dia faham perasaan tunang dan keluarga Muhammad Adib.

Rosmah dan Najib meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat anggota bomba itu.

Muhammad Adib merupakan anggota bomba yang parah ketika insiden rusuhan di kuil Sri Maa Mariaman di Subang Jaya baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here