Hari ini sudah masuk hari keenam umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan. Bulan yang mulia ini eloklah kita sentiasa muhasabah diri menjadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Puasa juga dapat menahan diri kita dari lapar, dahaga dan nafsu.
Namun, lain pula cerita dengan seorang pelakon, Kilafairy apabila beliau telah βterbangβ ke Paris untuk bercuti setelah penat bekerja.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan turut memuat naik beberapa buah gambar di Instagram yang mendapat ribuan likes dan komen.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen telah memberikan teguran kerana menganggap pakaian yang digayakan oleh pelakon berusia 26 tahun itu agak menjolok mata dan tidak sesuai digayakan pada bulan Ramadhan yang penuh mulia ini.
Gambar yang telah dikongsikan Kila itu telah mendapat teguran dari netizen agar beliau lebih menghormati bulan Ramadhan.
Gambar tersebut bukan sahaja mendapat teguran, tetapi ada juga segelintir telah memberikan komen berbaur lucah dan menganggap bahawa gambar Kila telah menggugat iman mereka.
Leave a Reply