Dimalukan isteri di media sosial, lelaki tampil jelas perkara sebenar

0
1302

Semalam viral di Facebook luahan hati seorang wanita, Ain Nisha yang menuntut cerai gara-gara suaminya yang bermain kayu tiga di belakangnya.

Kisah itu telah mendapat perhatian yang meluas daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan apa yang menimpa dirinya.

Namun hari ini, suami kepada Ain Nisha telah tampil mempertahankan dirinya dalam satu coretan panjang lebar di Facebook miliknya.

Ikuti perkongsian daripada pihak suami Ain Nisha yang dikenali sebagai Mohd NorShahiran.

Berhenti buka pekung dada sendiri

Kau tak malu ke, buka pekung sendiri? Aib kau tu taknak jaja pulak? Selama ni aku sabar dengan perangai kau.

Kalau aku tak bagi nafkah, habis tu siapa yang beli susu dan pampers anak? Kau ingat duit nenek moyang kau turun dari langit?

Barang make-up kau tu, siapa yang beli? Duit kau beli emas, dapat dari mana? Perangai kau asyik mengamuk je.

Setiap kali aku balik kampung, tak pernah kau layan aku baik-baik. Makan minum aku, layanan aku atas katil selama ni? Kau nak buka aib aku je, kau tu? Kau tengking aku depan keluarga aku. Aku nak tanya, aku ni siapa?

Jangan nak tuduh yang aku je, semua benda berpunca dari sikap kau jugak. Aku nak je list satu-satu sikap kau, tapi akal aku tak singkat macam kau. Kau ikut perasaan bodoh kau je.

Sabar lelaki ada tahapnya

Sabar aku ada tahapnya. Kau yang hendak penceraian ni dan aku tak pernah lafazkan. Kau tuntut fasakh di mahkamah dan selepas tu kau buat cerita kata aku ni jahat.

Perangai kau yang selalu kacau tempat kerja aku, kau tak tulis pulak? Kau canang cerita hal rumahtangga kat orang. Bini jenis apa kau ni?

Ada masalah sikit kau ganggu kawan aku, kau telefon dan mesej kawan aku. Kau ingat orang tak kisah ke pasal aku ni? Bini aku perangai serupa apa? Kau dengan keluarga kau kata macam-macam pada abah aku. Kau bagi tekanan kat abah aku, sampai abah aku darah tinggi.

Tapi kau tak cerita pula status kau. Kau update status penipu, semata-mata nak suruh orang simpati dengan kau. Tapi perangai hodoh kau, kau simpan.

Aku duduk jauh cari rezeki untuk kau, tapi kau serang abah aku. Kau hina abah aku. Bila aku nak video call dengan Aqil, kau tak bagi Aqil video call dengan aku. Kau tak nak Aqil kenal ayah dia, yang tu kau tak beritahu orang pulak?

Jangan ungkit hal nafkah

Kau selalu ungkit hal duit. Aku nak tanya, duit TEKUN 10 ribu tu, siapa nak bayar setiap bulan? Suami kau yang bodoh ni lah yang perhabis duit bayarkan hutang kau.

Kalau kau berani, kau tegakkanlah kebenaran dalam status-status kau selepas ni. Aku nak cakap ni, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Aku balik 30hb ni, kau jangan bimbang. Mak kau pun dah telefon aku dah. Aku bukan ‘Keling’ tak faham bahasa Melayu. Aku paling menyesal jaga kau, kutip kau buat bini dan anak aku ada emak macam kau!

Aku tahu kau tu jenis panas baran tak bertempat, besar kepala, cakap tak ada adab dan nak menipu je. Aib aku kau fitnah perkara yang tak betul.

Kau jangan lupa, aib dengan keburukan kau dah lama aku simpan buat bukti. Selama ni aku simpan ego lelaki aku, tapi kau naik kepala. Kau buat cerita tak betul.

Meh aku viralkan kau

Kau lapar simpati media ye? Meh sini aku buat kau simpati, sampai mati kau akan ingat. Kawan aku komen cerita hal sebenar dalam status kau, dan kau delete kan?

Kau hebahkan dalam group WhatsApp, nak tunjukkan kuasa viral kau. Kau tunjuklah. Kau memang muka tak tahu malu, tak ada maruah.

Dah lama dah perhatikan kau selama ni. Kau pergilah buat laporan polis, cakap aku pukul kau sampai masuk ICU dan lebam badan kau, macam kau ceritakan tu.

Sumber: Facebook Mohd NorShahiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here