Portal berita terbaik anda

Politik

Mohamad Alamin diumum calon BN untuk PRK Kimanis

KIMANIS – Ketua UMNO Bahagian Kimanis Datuk Mohamad Alamin dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang dijadual berlangsung 18 Januari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada satu sidang media di sini hari ini.

Bung berkata, pemilihan Mohamad yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan itu amat bertepatan bagi mempertahankan kerusi Parlimen yang sebelum ini dimiliki UMNO.

Jelasnya, pemilihan Mohamad dibuat selepas penapisan sebanyak empat kali yang dilakukan pucuk pimpinan parti.

Penamaan calon yang bertanding bagi PRK Kimanis akan diumumkan pada 4 Januari hadapan.

Loading...

Leave a Reply