Modric Pemain Terbaik Dunia 2018

0
72

LONDON – Bintang tengah Croatia dan Real Madrid, Luka Modric menepati ramalan mengetepikan Cristiano Ronaldo untuk muncul Pemain Terbaik Dunia (lelaki) 2018 dalam Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di sini, sebentar tadi.

Modric, 33, yang membawa Croatia muncul naib juara Piala Dunia turut menewaskan seorang lagi calon akhir, Mohamed Salah dari Mesir/Liverpool.

Ini adalah kali pertama sejak 2007, Anugerah Pemain Terbaik Lelaki bukan milik Ronaldo atau Lionel Messi.

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah FIFA yang berlangsung di Royal Festival Hall. – AGENSI

PEMAIN TERBAIK DUNIA (LELAKI)

Luka Modric (Croatia, Real Madrid)

PEMAIN TERBAIK DUNIA (WANITA)

Marta (Brazil, Orlando Pride)

JURULATIH TERBAIK DUNIA (LELAKI)

Didier Deschamps (Perancis)

JURULATIH TERBAIK DUNIA (WANITA)

Reynald Pedros (Lyon)

PENJAGA GOL TERBAIK DUNIA

Thibaut Courtois (Belgium, Chelsea/Real Madrid)

ANUGERAH PUKAS (GOL TERBAIK)

Mohamed Salah (Liverpool)

FAIRPLAY

Lennart Thy (VVV-Venlo)

ANUGERAH PENYOKONG

Peru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here