Model selamba selak burqa dan …

0
1297

ISTANBUL, TURKI – Model Playboy ini pernah dipenjarakan kerana bergambar dalam keadaan bogel di dalam sebuah kuil di Mesir.

Tetapi, dia tidak pernah serik kerana kembali mencemari kesucian masjid ikonik, Hagia Sophia di Turki.

Sebelum ini, Marisa Papen dari Belgium menjadi tajuk utama berita di seluruh dunia selepas model tersebut dihukum penjara kerana berbogel di Kompleks Kuil Karnak berhampiran bandar Luxor.

Dia juga mencetuskan kemarahan kumpulan agama kerana mengambil gambar telanjang di Kota Lama Baitulmaqdis dengan berlatarbelakang Tembok Ratapan yang menjadi tempat suci bangsa Yahudi.

Marisa kononnya menggelar dirinya sebagai ‘individu dengan ekspresi bebas dan berjiwa liar’ bersama jurugambar Australia, Jesse Walker berkunjung ke Turki untuk sesi bergambar jenama keluarannya, ENKI Eyewear.

Mereka membuat percubaan berani untuk mengambil gambar bogel Marisa di Haghia Sophia yang kini dijadikan muzium di Istanbul.

“Selepas membeli burqa di Grand Bazaar, kami menuju ke Haghia Sophia. Setiap ruang di dalam Haghia Sophia dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV). Jadi, kami terpaksa mencari masa yang sesuai untuk mengambil gambar memandangkan ia dikunjungi ramai pelancong,” kata Marisa.

Tidak lama selepas itu, ketika jurupandu sedang sibuk memberi penerangan kepada pengunjung, wanita itu dengan ‘selamba’ mengangkat sebahagian burqa yang dipakainya dan mendedahkan bahagian kemaluannya untuk bergambar.

Difahamkan, pihak berkuasa Turki ada menyoal siasat kakitangan hotel di mana model dan jurugambar itu menginap sehari selepas mereka keluar untuk ke destinasi lain di negara tersebut. – The Sun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here