Portal berita terbaik anda

Utama

Bateri lithium ion punca MH370 terbakar?

NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT – Juruterbang yang mengendalikan MH370 dipercayai ‘maut serta merta’ selepas pesawat itu terbakar.

Teori terbaharu itu dikeluarkan oleh juruterbang bersara, Kapten Ross Aimer yang percaya bateri lithium ion dalam kargo pesawat MAS terbabit telah mencetuskan kebakaran tersebut.

Bekas juruterbang United Airlines juga percaya kebakaran itu merebak dengan cepat dan menyebabkan juruterbang terbunuh dalam masa singkat.

Aimer yang mempunyai pengalaman terbang selama 40 tahun memberitahu Daily Star Online, kebakaran seperti itu dengan pantas telah merebak ke kawasan kokpit dan bekalan oksigen mereka.

“Jika benar situasi itu berlaku, juruterbang mungkin terbunuh dalam tempoh singkat. Berdasarkan teori saya, pesawat itu mungkin terbang untuk tempoh yang lama hingga kehabisan minyak sebelum terhempas.

“Ia bukan api yang perlahan. Tetapi, kebakaran yang merebak dengan cepat walaupun tidak berlaku letupan,” ujarnya.

Beliau turut menyokong teori itu dengan maklumat yang mendakwa MH370 membawa 221 kilogram bateri lithium ion dalam kargo. – The Sun

Loading...

Leave a Reply