‘Misai dia je tak tipu’ – Wak Doyok kantoi ambil gambar dari Google

0
4470

Perkongsian Wak Doyok mengenai koleksi kasut ‘sneakers’ miliknya baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Mereka bukan terkejut ataupun merasa kagum dengan koleksi berkenaan yang sudah meninggi ibarat gunung tetapi mendakwa foto yang dimuat naik di Insta Story Wak Doyok itu sebenarnya diambil dari Internet.

Bukan tuduhan semata-mata, seorang pengguna Twitter turut menyertakan bukti bahawa imej asal tersebut telah dimuat naik di Pinterest dan laman web Sole Collector pada tahun 2014.

Meskipun dikecam dan disindir ingin nampak kaya tetapi hakitkatnya ‘curi’ gambar dari Google, Wak tetap membalas komen netizen dengan bersahaja.

Erm, tak perlu rasanya hendak terlalu meraih perhatian sehingga mengaku sesuatu barang itu milik anda sedangkan hakikatnya bukan. Lebih baik bersederhana sahaja dalam apa jua perkara. Eh jap, ke Pinterest yang curi gambar Wak? Heh..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here