Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Minum air kencing anjing untuk ubati jerawat

SIAPA sangka wanita ini melakukan perkara menjijikkan dengan meminum air kencing anjing yang dikatakan mampu membuatkan wajah berseri dan cantik semula jadi.

Menurut wanita tesebut, Lynn Lew, air kencing anjing bukan saja mampu merawat masalah jerawatnya malah boleh dijadikan penawar penyakit kanser.

Lebih menjijikkan, Lew turut memuat naik video menunjukkan cara untuk mendapatkan air kencing anjing untuk amalan kecantikannnya.

“Ramai diantara anda bertanya bagaimana saya sentiasa kelihatan cantik, bagaimana solekan saya kekal sempurna atau bagaimana saya kelihatan berseri-seri,” kata Lew kepada kamera yang merakam perbuatannya itu.

Lew kemudiannya membawa anjing peliharaannya menghampiri sebatang pokok supaya haiwan itu boleh membuang air kencingnya. Wanita itu dilihat menadah air kencing haiwan tersebut dengan gelas plastik sebelum meneguk air kencing tersebut.

“Sebelum saya minum air kencing anjing saya, saya tertekan, sedih dan ada banyak jerawat.

“Air kencing anjing ada vitamin A, vitamin E dan 10 gram kalsium. Malah ia terbukti boleh merawat kanser,” dakwanya.

Namun pakar tidak bersetuju dengan tindakan Lynn dan turut memberi amaran tabiatnya itu boleh menyebabkan penyakit kerana mengandungi toksid dan racun.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén