Portal berita terbaik anda

Utama

‘Siapa yang takut dijilat api neraka boleh left ya’ – Respon admin group ‘Riak apa hari ini’ selepas ditegur ustazah

Susulan teguran daripada Ustazah Asma’ Harun agar tidak menggunakan perkataan riak untuk tujuan bergurau, seorang individu dipercayai admin group Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’ tampil meberikan kenyataan.

Menurut individu tersebut, pihaknya tidak akan sesekali mengubah nama group mereka dan meminta mana-mana ahli yang tidak berkenan dengan ‘ketetapan’ itu untuk meninggalkan group tersebut.

“Terima kasih pada yang update pasal ceramah, tarbiah dari ustazah. Selepas berbincang dengan creator, kami akan mengekalkan nama group.

“Cuma pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini, bolehlah left. Kami tak paksa ye. Sebab kalau lihat kat luar sana, banyak lagi group-group yang terlebih dari dahsyat.

“Contohnya group janda dan duda gersang. Haa, situ dengan posting dan aksi yang lagi dahsyat dipertontonkan tanpa ditapis oleh admin. Bagaimana tu?

“Jadi, sekali lagi kami ulang, pada yang tidak boleh nak duduk di dalam group ini nanti kena jilat api neraka boleh left ya,” katanya.

Terdahulu, menerusi perkongsian Ustazah Asma’ di Facebook, beliau menegur pentadbir kumpulan “Riak Apa Hari Ini” supaya menukar nama atau terus menutup kumpulan itu yang disifatkan mengindahkan perbuatan riak.

“Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” katanya.

Teguran itu turut disokong oleh rata-rata netizen yang kebanyakannya menggesa supaya akaun tersebut ditutup.

Seorang netizen dikenali sebagai Irdina berkata, perbuatan riak itu tidak sewajarnya dijadikan senda gurau.

“Sangat takut apabila riak itu pada awalnya hanyalah sekadar untuk berkongsi rasa. Kini dijadikan senda gurau pula, akhirnya bertukar jadi tabiat,” katanya.

Loading...

Leave a Reply