Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Menteri nafi saran guna laluan laut elak kesesakan

SHAH ALAM – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak pernah mengeluarkan saranan kepada petani supaya menggunakan jalan laut untuk elak kesesakan jalan raya seperti yang tular di laman sosial ketika ini.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Alyaa Azhar berkata, kenyataan yang dikongsikan oleh pengguna Facebook @Esmee bin Mat Isa dan Zahari Sulaiman itu adalah palsu dan berniat jahat.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kenyataan tersebut adalah palsu dan fitnah semata-mata.

“YB Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Laporan media tersebut juga tidak wujud.

“Kenyataan ini secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal dan penularan paparan ini ternyata berniat jahat dan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YB Menteri,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Alya lagi, pihaknya akan membuat beberapa laporan polis untuk tindakan selanjutnya berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, tular di laman sosial mengenai paparan status Facebook yang menggambarkan Salahuddin mengeluarkan kenyataan bahawa jalan raya yang sesak dapat di kawal apabila petani menggunakan jalan laut.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén