Portal berita terbaik anda

Utama

Menteri jatuh basikal semalam, hari ini jalan berlubang selesai diturap

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin cedera ringan selepas terjatuh dari basikal, akibat terlanggar lubang jalan, petang semalam.

Beliau turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan tahap kecederannya dan lubang jalan dilanggar itu menerusi laman sosial miliknya.

Susulan itu, JKR Kuala Langat telah membuat permohonan maaf di atas kejadian yang menimpa Ahli Parlimen Rembau itu di satu lokasi jalan seliaan mereka.

“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh,” katanya dalam ciapan Twitter malam tadi.

Mereka juga telah melakukan tindakan segera dengan menurap jalan yang berlubang serta-merta hari ini.

Loading...

Leave a Reply