Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Menipu isu Lynas, sokongan rakyat kepada DAP dan PKR merosot

PENGANALISIS politik, Azmi Hassan memberi amaran sokongan terhadap PKR dan DAP akan merosot jika kerajaan tetap mahu memutuskan untuk memperbaharui lesen operasi Lynas di Pahang.

Azmi dari Universiti Teknologi Malaysia memberitahu, kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan (PKR & DAP) itu lantang mengkritik Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

“Ia akan menerima kesan terburuk dari segi kemerosotan undi di seluruh negara.

“Malah, ahli Parlimen Bentong dan Kuantan sinonim dengan isu ini dipilih (menjadi menteri) disebabkan isu ini juga,” katanya merujuk wakil rakyat DAP, Wong Tack dan Fuziah Salleh daripada PKR.

Sebelum PRU 14, Fuziah Salleh lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional dengan mencerca, mengeji dan membidas kerajaan terdahulu melalui pelbagai kenyataan untuk menggambarkan projek Lynas sebagai projek yang berbahaya kepada masyarakat.

Fuziah juga menerbitkan satu video tutorial masakan yang menggunakan ayam dan sayur yang tercemar akibat radiasi sehingga video menjadi tular di media sosial.

Apa yang lebih menarik, Fuziah pernah ‘mengalirkan air mata’ kerana ‘gusar’ dengan projek Lynas yang boleh menyebabkan gangguan kesihatan penduduk sekitar.

Namun, setelah mendapat mandat memenangi pilihanraya umum ke-14, Pakatan Harapan masih meneruskan Lynas hingga menimbulkan persoalan tentang kejujuran Fuziah, dan Wong Tack itu sendiri yang dilihatkan cuba menipu rakyat Malaysia.

Isnin lalu, Reuters memetik dua sumber sebagai berkata kerajaan Malaysia bercadang memperbaharui lesen Lynas, dengan tempoh dipendekkan berbanding kebiasaannya.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika mengadakan lawatan ke Tokyo berkata, Lynas akan dibenarkan terus beroperasi di Malaysia kerana kerajaan tidak mahu kehilangan pelaburan besar dari Australia dan permintaan dunia terhadap nadir bumi. – NTHQiBORD, 7 Ogos 2019.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén