Portal berita terbaik anda

Utama

Menantu Perdana Menteri didakwa terima projek bernilai RM1.16 bilion

SYARIKAT Iris Information Technology (Iris) yang dikatakan mempunyai kaitan dengan S5 Holdings Incorporation (S5) dikatakan menerima projek daripada kerajaan bernilai RM1.16 bilion.

Persoalan kemungkian wujud rundingan terus atau amalan kroni timbul apabila syarikat S5 itu didakwa mempunyai kaitan dengan menantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau adalah Datuk Muhamad Adlan Berhan, yang dikatakan mempunyai saham S5 melalui syarikat Agathistwo Jia Sdn Bhd.

Dakwaan timbul apabila penganugerahan projek kepada Iris melalui rundingan dengan syarikat S5 diberikan pada 29 Januari 2021 iaitu ketika Perintah Darurat berkuat kuasa.

Oleh demikian, Muhyiddin didakwa menggunakan kuasa dalam Ordinan Darurat untuk membenarkan syarikat mempunyai kaitan dengan menantunya itu untuk menerima projek bagi Mengkaji, Mencadang, Merekabentuk, Membangun, Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mengintegrasi, Memigrasi Data dan Mentauliah Sistem Imigresen Bersepadu Nasional untuk Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

Loading...

Leave a Reply