Portal berita terbaik anda

Politik

‘Gembira sekejap je, lama-lama meluat tengok Mat Sabu’ – Bekas komando

Malaysia menarik perhatian dunia luar apabila kerajaan BN yang memerintah negara ini selama lebih 60 tahun tumbang di tangan Pakatan Harapan dalam PRU14 pada 9 Mei lalu.

Peralihan kuasa itu sekaligus menyebabkan sebahagian besar jawatan ahli kabinet disandang oleh muka-muka baharu.

Salah seorangnya adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang kini bergelar Menteri Pertahanan.

Namun begitu, tidak semua yang menerima baik perubahan ini.

Penyokong tegar Pakatan Harapan

Seorang pejuang veteran yang juga bekas pegawai komando TUDM meluahkan rasa kesalnya di Facebook terhadap beberapa tindakan Mat Sabu selepas beberapa bulan menjadi Menhan.

Kesal dengan Mat Sabu

Veteran yang bernama Mior Rosli itu menyatakan bahawa kegembiraan dirinya melihat Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan hanyalah sementara sahaja. Malah kini beliau juga turut rasa meluat melihat cara Mat Sabu bekerja.

Mat Sabu dikatakan hanya melawat segala tempat sana-sini, akan tetapi manifesto 100 hari berlalu begitu sahaja. Malahan segala pujian yang diberikan orang ramai tidak ada kaitan dengan skop pekerjaan seorang Menteri Pertahanan.

Pembaziran oleh Mat Sabu?

Mior juga turut mempersoalkan penggunaan kereta kerajaan beserta pegawai keselamatan yang ramai. Katanya ini merupakan satu pembaziran dan pembayaran gaji serta penyelenggaraan juga boleh mencecah RM 500 ribu sebulan! Banyak tu.

Malahan Mior mengecam tindakan Mat Sabu yang terlalu banyak berkongsi gambar peribadinya. Bukan itu sahaja, perbuatan Mat Sabu memakai kot dan diiringi pegawai peribadi pun tidak kena pada tempatnya.

Semuanya salah BN je ke?

Mat Sabu yang seringkali menyalahkan kerajaan lama akibat masalah yang bertimbun malah gaya jawapan yang diberikan ketika sesi parlimen juga seolah-olah membaca teks yang ada.

Jangan syok sendiri

Posting yang ditulis oleh Mior ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak dan meminta Mior untuk bersabar. Lihat sahaja reaksi mereka di bawah:

Meluat tengok bodyguard dia

Mat Sabu macam ‘clueless’

Bagi perhatian pemulihan dulu

Loading...

1 Comment

  1. Tareeq

    Sebenarnya banyak perkara yg nak dilakukan oleh Mat Sabu, malangnya dia tidak lakukan…banyak masa luangkan makan angin dgn lawatan yg tidak berfaedah..
    Ada beberapa perkara didlm ATM yg perlu dilihat, satu contoh, apabila ada anggota menjalani sesuatu kursus, mereka ini harus mengeluarkan duit sendiri untuk membuat persediaan kursus, berapa sangat gaji anggota LLP….buatlah sesuatu….ni tidak asyik makan angin saja….
    Itu la Mat Sabu jgn dok mengata…mengutuk org lain, bila dh duduk tempat tu baru tahu….

Leave a Reply