Portal berita terbaik anda

Utama

‘Melia Serena bebas beri komen’ – Tun M pertahan kenyataan cucu

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, cucu beliau Melia Serena Mukhriz `bebas untuk memberi ulasan’, yang menerusi media sosial telah mengkritik perhimpunan kesyukuran kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, Sabtu lalu.

“Beliau (Melia Serena Mukhriz) bebas untuk memberi komen. Anda boleh bertanya kepadanya,” kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas beliau melancarkan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Melia Serena yang merupakan anak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi catatan di Instagram Stories baru-baru ini, merujuk kepada peserta perhimpunan itu dengan keterangan; ” Menjijikkan….saya tidak peduli. Terlalu mengecewakan,”. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply