McGregor tak puas hati, mahu ‘repeat’ segera

0
828

CONOR McGregor tidak berpuas hati dengan kekalahan memalukannya di tangan Khabib Nurmagomedov dalam aksi seni bela diri campuran (MMA), Ultimate Fighting Championship (UFC).

Peninju dari Ireland itu akhirnya bersuara selepas tewas dalam aksi di Las Vegas dan melaungkan keinginannya untuk menghadapi perlawanan ulangan dengan lawannya dari Rusia itu.

Bercakap di laman Twitternya, McGregor memberi bayangan mahu membalas dendam terhadap kekalahannya itu.

“Pukulan yang bagus. Tak sabar menanti perlawanan ulangan,” katanya.

Selepas itu, beliau turut memuatnaik gambarnya di Instagram dengan kapsyen; “Saya akan kembali”.

McGregor yang kembali ke gelanggang UFC selepas dua tahun nyata tidak berdaya menghentikan kemenangan 26-0 Khabib di pentas UFC, sebaliknya menambah rekod kemenangan lawannya itu menjadi 27-0 apabila tunduk di pusingan keempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here