MCA sah kekal bersama BN

9

Jawatankuasa Pusat MCA hari ini mengumumkan bahawa parti mereka akan terus bersama BN untuk mengekalkan kerjasama pelbagai kaum.

Presiden MCA Wee Ka Siong yang mengumumkan perkara itu berkata, parti mereka berdepan dengan dua pilihan ketika membuat keputusan itu.

“Kita telah tiba di persimpangan jalan di mana kita hanya boleh memilih salah satu simpang. Simpang pertama, MCA meninggalkan BN dan membiarkan kerjasama Umno-PAS menjadi rangka kerja untuk pembangkang, di mana pembangkang majoriti Melayu dilagakan dengan gabungan parti pemerintah yang pelbagai kaum.

“Simpang kedua, MCA kekal dalam BM dan mengukuhkan premis kerjasama pelbagai kaum, memastikan kepelbagaian kekal menjadi teras dalam pembangkang.

“Jawatankuasa Pusar MCA memilih untuk kekal dalam BN,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here