Portal berita terbaik anda

Utama

MB Terengganu mahu ECRL diteruskan dalam skala kecil

KUALA NERUS: Kerajaan persekutuan disaran meneruskan projek kereta api Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan skala lebih kecil berbanding perancangan asal sekiranya berdepan kekangan kewangan yang besar.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata projek itu wajar dipertimbang untuk diteruskan memandangkan ia mampu memberi manfaat perkembangan ekonomi di pantai timur semenanjung.

“ECRL perlu dilihat dalam konteks positif, iaitu boleh menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi pantai timur di sepanjang laluannya.

“Jika kekangan kewangan adalah faktor terbesar pelaksanaannya, maka kerajaan pusat boleh mempertimbangkan dalam skala lebih kecil dengan cara mengecilkan ‘sub station’, tidak mewah atau merancang semula laluan supaya lebih ekonomikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan telah memuktamadkan pembatalan kontrak yang diterajui China Construction Group Ltd (CCCC) dan keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet, Khamis lepas.

Laluan ECRL bakal menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Lembah Klang, melibatkan jajaran rel sepanjang 688.3 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke Gombak, Selangor.

Sekurang-kurangnya 44 terowong dirancang akan dibina di beberapa kawasan dengan keseluruhan jarak meliputi 39.1km di sepanjang jajaran ECRL dan ia termasuk terowong berkembar sepanjang 16.3km dari Bentong ke Gombak.

Loading...

Leave a Reply