Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

MB Terengganu harap baki royalti RM250 juta dibayar bulan ini

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan baki pembayaran royalti minyak kepada Terengganu yang masih tertunggak, sebelum akhir bulan ini.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu sudah dibincangkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun. Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dan masih menunggu perkembangan lanjut mengenainya.

“Walaupun ia royalti tahun lalu namun, bayarannya masih boleh dibuat pada tahun ini. Jadi harapan itu sangat tinggi bukan saja di pihak kerajaan negeri malah, rakyat Terengganu.

“Kita harap pembayaran itu dapat diselesaikan dalam Januari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir memberitahu penyaluran baki royalti minyak kepada Terengganu akan diselesaikan apabila kerajaan Persekutuan mempunyai sumber kewangan mencukupi.

Beliau bagaimanapun tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh bagi menyalurkan bayaran berkenaan sebaliknya, bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.

Difahamkan sehingga kini, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan sudah membuat pembayaran secara terus sebanyak tiga kali kepada Terengganu yang berjumlah RM450 juta manakala kira-kira RM250 juta lagi masih berbaki. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén