Portal berita terbaik anda

Utama

MB Kelantan dan Terengganu siap sedia ke Himpunan 812

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob bersama rakan sejawatnya dari Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah siap untuk menghadiri Himpunan Kesyukuran Menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Nasharudin Mat Isa dalam tweetnya menyiarkan gambar beliau dan dua menteri besar itu bersarapan pagi bersama.

“Sarapan pagi bersama YAB Ustaz Dato Ahmad Yaacob, Menteri Besar Kelantan Darul Naim dan YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu sebelum persiapan ke Perhimpunan menolak ICERD zohor nanti,” tweet Nasharudin.

Himpunan ini apada awalnya dianjurkan pihak-pihak yang menentang ICERD dan menolak usaha meratifikasikannya.

Namun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD.

Penganjur bagaimanapun tetap meneruskannya dengan menukarkannya kepada Himpunan Kesyukuran Penolakan ICERD.

Pada Jumaat, Dr Mahathir dalam satu video ringkas berharap penganjur bekerjasama dan membantu polis serta pihak berkuasa.

Loading...

Leave a Reply