Portal berita terbaik anda

Utama

MB Johor arahkan sekolah di Pasir Gudang bersihkan najis burung

JOHOR BAHRU – Pihak sekolah khususnya Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang perlu mengambil inisiatif bagi menggerakkan kerja pembersihan najis burung merpati yang terdapat di sekolah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal turut memberitahu pihaknya tidak menafikan najis burung berkenaan antara punca pelajar berasa mual dan loya pada ketika itu.

“Semasa lawatan ke sekolah berkenaan dibuat, memang benar banyak najis burung berkumpul di dalam salah satu kelas.

“Takkanlah pihak sekolah membiarkan sahaja keadaan itu, mereka boleh usahakan kerja membersihkan sama ada secara gotong-royong atau meminta bantuan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (KPPSI) di sini sebentar tadi.

Pada 23 Julai lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar memberitahu, terdapat kemungkinan bau najis burung itu dan hamanya menjadi faktor murid di sekolah berkenaan mengalami simptom sesak nafas dan muntah berterusan. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply