Mayat suspek pecah rumah ditemui terapung

0
600

DUNGUN – Mayat suspek penjenayah yang terjatuh ke dalam Sungai Paka ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Jasad suspek berusia 39 tahun dikenali sebagai Zam Ayam ditemui dalam jarak 300 meter dari lokasi mangsa dan anggota polis, Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28 terjatuh.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, operasi pada hari keempat akhirnya berhasil apabila salah seorang mangsa ditemui.

“Mangsa ditemui di tebing sungai tersangkut pada ranting-ranting kayu.

“Berdasarkan pengecaman awal, mayat yang ditemui adalah suspek penjenayah kes samun.

“Pengecaman dibuat berdasarkan pakaiannya,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari anggota Balai Polis Paka yang masih hilang diteruskan.

“Kita menggunakan pelbagai langkah untuk melancarkan operasi ini.

“Selain unit anjing pengesan (K9), khidmat penyelam turut digunakan, “katanya.

Dalam kejadian jumaat lalu, konstabel Wan Mohd Arif bersama Zam Ayam yang juga suspek beberapa kes kejadian pecah rumah serta samun terjatuh ke dalam Sungai Paka, Durian Mentangau pada jam 8.30 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here