Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Mayat perempuan ditemui dalam kawasan pencarian Nora Anne

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat di kawasan pencarian Nora Anne Quoirin, 15, di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan penemuan mayat itu pada 1.57 tengah hari ini.

“Kami menemui mayat wanita kulit putih. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan lagi identiti mayat itu.

“Lokasi penemuan mayat kira-kira dua kilometer dari lokasi Nora Anne dilaporkan hilang,” katanya.

Operasi bagi mengesan Nora Anne sehingga semalam membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Terdahulu, beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat masuk ke lokasi mayat itu ditemui.

Keluarga kepada remaja berkenaan turut dilihat masuk ke lokasi penemuan mayat berkenaan dengan menaiki kereta.

Sidang media berhubung penemuan itu akan diadakan petang nanti.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén