Mayat pemancing dijumpai separuh badan

SEORANG lelaki yang dilaporkan tidak pulang daripada memancing di Ladang Sime Darby, berdekatan Sungai Segaliud, Kinabatangan, sejak petang semalam, ditemukan maut dalam keadaan separuh badan di tebing sungai berkenaan, hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Castelo Carlos, 43, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 4.21 petang tadi, kira-kira empat kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan memancing di tebing sungai.

Menurut kenyataan JBPM Sabah, mangsa hilang semasa memancing di sungai berhampiran ladang berkenaan pada jam 3 petang semalam dan laporan kehilangan telah dibuat pada jam 6.30 petang.

Jabatan itu berkata Bilik Kawalan Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Kinabatangan pada jam 7.41 pagi tadi memaklumkan bantuan mencari mangsa.

“BBP Kinabatangan seterusnya respon kes tersebut menggunakan sebuah kenderaan utiliti dan bot ke tempat kejadian sejauh 25 km dari jarak balai,” menurut kenyataan itu.

Pasukan SAR kemudian menyerahkan mayat berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan susulan. – BERNAMA

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *