Portal berita terbaik anda

Hiburan

Mawar Karim, anak disahkan positif Covid-19

BEKAS isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim dan anak mereka, Wan Maryam disahkan positif Covid-19, semalam.

Mawar memuat naik video di Instagram Story di mana mereka dibawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani rawatan. Bagaimanapun, di hospital mana mereka dibawa tidak dikongsikan.

Mawar yang juga ahli perniagaan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan dia dan anaknya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan Maryam. Hanya Allah saja dapat membalas jasa baik kalian. Semoga saya dan Maryam terus sihat. Insya-Allah.

“Terima kasih juga kepada petugas barisan hadapan. Maaf kalau saya tak dapat nak jawab panggilan atau emel dan apa-apa dari media sosial. Saya dan Maryam boleh lawan. Maryam anak yang kuat,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Sementara itu, Fizo turut berdoa dan berharap Mawar dan anaknya terus kuat.

“Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh,” katanya.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.

Loading...

Leave a Reply